Sunday 17 April 2011

Tau tapi tak ikut - yang mengajar pun tak ikut.

Selepas Baginda Rasulullah (saw) wafat,  pemimpin seterusnya Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali (ra) dilantik melalui ‘consultation’.  Benar-benar ‘consultation’. Bukan buat-buat. Keperibadian mereka diakui dan kita yakini tidak timbul soal siapa lebih layak antara mereka.

Kalau ada pun yang mempertikaikan ‘consultation’ ini adalah  segelintir mereka yang mengaku menjadi penyokong  kepada sesetengah pemimpin sedangkan mereka ini adalah sebenarnya golongan bingung  belaka yang mencarik-carik  perpaduan umat.

Disebabkan keperibadian mereka,  kita yakini mereka tidak bersifat menyeru  sesiapa pun berbuat sesuatu melangkaui batasan,  mempertikaikan ‘consultation’ tersebut. Malah, kita yakini mereka bersifat menyeru kepada kebaikan dan menyeru ketaatan kepada  keputusan ‘consultation’ atas nama Islam keseluruhanya dan bukan kepentingan peribadi  mahupun kuasa yang menyempit.

Setelah Ali (ra) meninggal dunia, ‘consultation’ berbaur politik mengambil alih senario perlantikan kepimpinan dunia Islam seterusnya.  Walaupun  dalam senario  begitu, namun perhatikan betul-betul,  hasilnya juga ialah empayar Islam terus kukuh selepas Ali (ra), untuk beberapa ratus tahun lagi. Islam gah!

Juga nilaikan sifat  yang ditunjukan cucu baginda Rasulullah (saw)dalam konteks ketaatan kepada pemimpin pada waktu itu walau bukan antara mereka yang menjadi pemimpin No.1. Sifat ketaatan ini  adalah hasil dari didikan baginda, ajaran  baginda yang sebenar.  Terbukti Islam dibawah kepimpinan orang lain juga  pada waktu itu terus gah!

Cucu baginda dan para ulamak  sebaik saja lepas era Ali (ra),  melihat Islam secara meluas dan bukan sempit sesempitnya. Mereka akur dengan pemimpin yang  menggantikan Ali (ra). Pemimpin itu juga adalah muslim,  yang jelas individu muslim, dan pemimpin itu tidak boleh diperangi  dengan  sesuka hati begitu saja hanya disebabkan perbezaan  politikal semata. Politikal tidak mendahului agama. Kelak umat yang sudah pun berbeza-berbeza pendapat dan berpuak-puak akan sekali gus kehancuran. Kehancuran sekali gus merugikan umat Islam  seluruhnya.

Oleh itu, kerahkah seluruh ketinggian akal fikiran berserta strategi dan doa yang tidak melangkau adab,  untuk terus mencerahkan kepimpinan di  Malaysia  supaya  mereka yang dipilih rakyat ini sentiasa bersifat benar-benar membangunkan rakyat  majmuk yang mereka wakili.  Jangan ambil  jalan mudah, jangan ambil jalan putus asa, jangan ambil  jalan yang tak berketinggian akal - jatuhkan saja pemimpin itu kalau kita tak puas hati! Ini tidak ada sunnah pada dasarnya. Allah A’lam.

Saturday 16 April 2011

Sudah, sudah, peluang dah dibagi

Sudah, sudah! Keputusan pun dah keluar. Yang menang, menang. Yang kalah, kalah. Macam-macam kebebasan dah di bagi. Kalau nak komen pun, komenlah parti masing-masing, cermin diri lagi afdhal.

Mana yang celupar, terlanjur cakap, menghina rakyat yang berhak buat pilihan masing-masing, masih belum terlambat nak tarik cakap!

Pilihanraya besar bakal datang!

Thursday 14 April 2011

Anwar Ibrahim dan Raja Petra Kamaruddin; Najib Razak dan Raja Petra Kamaruddin

Ketika 'unrest' sedang berlaku di sini, syiah kata wahabi bersekongkol dengan US dan Zionist mencatur politikal timur tengah untuk kepentingan masing-masing.

Wahabi juga kata syiah bersekongkol dengan US dan Zionist mencatur politikal timur tengah untuk kepentingan masing-masing.

Tak taulah siapa yang cakap betul. Tapi kalau kita tukar nama dua puak  ini antara satu sama lain, yang jelas kekal adalah US dan Zionist. Betul tak?

Kalau kita tukar dua individu politik antara satu sama lain, Anwar Ibrahim dan Najib Razak, yang jelas kekal adalah Raja Petra Kamaruddin.

Secara umum saya nasihatkan, sebelum tuan puan semua kesasar nanar menambah-nambah dosa menelan berita-berita fasik adalah lebih baik tuan puan nyahkan kaum fasik terlebih dahulu dari masyarakat tuan puan. Hanya setelah itu barulah agak mudah dan jelas tuan puan uruskan antara Anwar Ibrahim dan Najib Razak dalam pilihanraya nanti.

Ini hanya nasihat. Jangan pula kata saya suruh - saya adu domba.

Tuesday 12 April 2011

Mana betul mana pusing – cakap apa pun jadi politik.

Cakap betul  bersifat  mudah, berbatas,  meyakin (namakan apa saja), manakala cakap  menyokong berpusing-pusing, berbalik-balik (namakan apa saja berkaitan), semata-mata memenangkan apa yang disokong ,  hinggalah tak kesedaran klimaks , terpancut  cakap-cakap yang tidak elok.

Cakap betul tak popular sebab tak ada sensasi politik. Contohnya, ‘jangan buka aib orang’.  Orang pencen 55  yang sibuk dengan kelas fardu ain pun tau bab ni, apatah lagi mereka yang berpangkat ustaz.

Cakap betul bukan saja tak popular malah orang yang bercakap betul bila-bila saja boleh kena marah. Boleh kena boikot (namakan apa saja berkaitan). Contohnya, memang tak boleh jatuhkan pemimpin selagi dia bergelar Islam. Dia mengaku Islam. Apatah lagi dia masih di lihat bersolat. Maknanya jangan bersekongkol dengan kumpulan yang jelas berniat menjatuhkan pemimpin yang masih Islam.

Tapi dalam dunia Melayu, cakap betul pun jadi politik. Aduhai.


Jauhi lah  mendengar ceramah dengan cara begini, kurang sopan. Gambar hiasan dari minaq_jinggo.

Sunday 10 April 2011

Najib bertanggungjawab!

'Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar' Al Imran 110.

Bagaimana nak jadi umat terbaik kalau yang mampu difikirkan, dibahaskan, dipromosikan gila-gila adalah sekadar pembikinan filem hitam putih heh heh heh.

Perdana Menteri Najib, sayanglah agama mu dan hentikan gejala penayangan dan promosi filem tu atas nama agama mu. Kelak filem tu mengundang musibah yang lebih besar - kebebasan berfilem di Malaysia. Anak-anak muda tanpa segan silu menyelami teknologi pembikinan filem tu. Atau kalian memang suka heh heh heh musibah ini heh heh heh kerana mudah lah kalian berurusan nanti kalau dapat hak kebebasan heh heh heh. Aduhai.....

'Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik.' Al Araf 165

Waktu Bahrain