Friday 25 May 2012

Politik Baru: Debat dan Tantawi PAS dipersilakan

Saya tidak mahu pertikai apa yang didebatkan tetapi saya melihat debat antara KJ dan Rafizi membuka ruang baru politik tanah air dalam konteks membuat pilihan, antara pemimpin yang mewakili parti masing-maing bercakap dengan fakta atau merapu. Seterusnya khalayak memilih. Tahniah kepada golongan muda ini - terlebih dahulu.

UMNO diwakili Ketua Pemuda manakala Ketua Angkatan Muda PKR tentulah tidak klas berbanding KJ Ketua Pemuda UMNO dan sebab itu Rafizi Pengarah Strategik Anwar Ibrahim yang didik dari awal diketengahkan. Ini pun saya tidak kisah sangat, memandangkan Melayu PKR memang mudah duduk semeja dengan Melayu UMNO dan berbincang apa sahaja.

Apa yang saya dambakan adalah Ketua Pemuda PAS berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO mengenai isu isu semasa negara dengan menggunakan keintelektualan serta fakta masing-masing, juga dengan skil bahasa masing-masing untuk menyakinkan khalayak siapa yang layak dipilih.

Saya katakan isu-isu negara kerana parti memerintah negara dan bukansekadar  parti memerintah ahlinya sahaja atau suku agama sahaja.Ia adalah pakej.

Politik sentimen dan ketaksuban mungkin dapat dileraikan melalui kaedah awal  ini.

Salam Hormat

Waktu Bahrain