Seperti dilaporkan, kedatangan imigran China di Afrika sudah menampakan hasil ekonomi.
Di Zambia, kebencian terhadap imigran China dilaporkan berlaku. Apa yang saya persepsikan adalah ketuanan Zambia yang tidak dapat memenuhi tuntutan kerja, atau terancam dalam persaingan sektor yang diceburi oleh Imigran China.
Bagi sesetengah pihak pula terutama kerajaan, kedatangan imigran China membuka ruang dan peluang ekonomi kepada Zambia, dan pada masa yang sama berpendapat ia memberi impak positif kepada sikap warga tempatan dalam hal bekerja dan persaingan ekonomi.
Hilarry Clinton masa lawatan ke Afrika memberi amaran penjajahan baru oleh kuasa baru China di Afrika, dan menyeru Afrika berhati-hati. Berhati-hati untuk apa? Barangkali hasutan ini lah yang menyebabkan anti imigran China mulai menampak.
Imigran China semasa ditemuramah secara terus terang kata pekerja Zambia tidak kompetitif. Saya persepsikan ini adalah jawapan yang jujur menjawap soalan penemuramah, walau pahit didengar warga Zambia.
Di Tanah Melayu suatu ketika dahulu orang Melayu juga dipersepsikan sebegitu [baca; malas]. Namun ia dijadikan sebagai cabaran dan bukan sentimen semata, maka Melayu berubah. Tidak boleh dinafikan faktor Perlembagaan Negara membantu Melayu. Melayu boleh menilai diri sendiri dimana mereka berada hari ini.
Sentimen oleh Amerika memberi amaran kepada Afrika mengenai bahaya imigran China tidak boleh diaplikasikan di Malaysia. Sentimen ini lapuk dan terbatal bagi golongan Melayu yang kompetitif. Semestinya!
Melayu kompetitif semestinya melihat isu-isu yang lebih fundamental yang sedang meruntuhkan institusi Melayu, bukanya isu-isu ranting yang menghayalkan Melayu dengan semangat ketuanan, bukanya isu-isu ranting ‘aku Islam, kau tak Islam’ yang membodohkan umat Islam sendiri.
Kecelaruan dalam hiraki institusi Melayu yang korup, pecah amanah, salah guna kuasa, guna agama untuk kepentingan yang menjumud adalah kanser dalam institusi Melayu.
Justeru itu isu-isu menjahanam ini mesti diterjah, dilerai dan disapu bersih. Usaha ini juga hendaklah berterusan. Selari dengan usaha ini, saya yakin akan muncul kelompok Melayu yang berjati diri, bersih, tidak korup, tidak jumud, dan dalam pada itu juga akan muncul pemimpin-pemimpin yang ideal dari kalangan kelompok ini.
Apa yang harus disasarkan dari usaha pembaharuan ini juga, ialah kaum-kaum dan agama-agama lain akan terkesan dengan perubahan positif institusi Melayu.
Semoga Malaysia Sejahtera.