Selepas Baginda Rasulullah (saw) wafat, pemimpin seterusnya Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali (ra) dilantik melalui ‘consultation’. Benar-benar ‘consultation’. Bukan buat-buat. Keperibadian mereka diakui dan kita yakini tidak timbul soal siapa lebih layak antara mereka.
Kalau ada pun yang mempertikaikan ‘consultation’ ini adalah segelintir mereka yang mengaku menjadi penyokong kepada sesetengah pemimpin sedangkan mereka ini adalah sebenarnya golongan bingung belaka yang mencarik-carik perpaduan umat.
Disebabkan keperibadian mereka, kita yakini mereka tidak bersifat menyeru sesiapa pun berbuat sesuatu melangkaui batasan, mempertikaikan ‘consultation’ tersebut. Malah, kita yakini mereka bersifat menyeru kepada kebaikan dan menyeru ketaatan kepada keputusan ‘consultation’ atas nama Islam keseluruhanya dan bukan kepentingan peribadi mahupun kuasa yang menyempit.
Setelah Ali (ra) meninggal dunia, ‘consultation’ berbaur politik mengambil alih senario perlantikan kepimpinan dunia Islam seterusnya. Walaupun dalam senario begitu, namun perhatikan betul-betul, hasilnya juga ialah empayar Islam terus kukuh selepas Ali (ra), untuk beberapa ratus tahun lagi. Islam gah!
Juga nilaikan sifat yang ditunjukan cucu baginda Rasulullah (saw)dalam konteks ketaatan kepada pemimpin pada waktu itu walau bukan antara mereka yang menjadi pemimpin No.1. Sifat ketaatan ini adalah hasil dari didikan baginda, ajaran baginda yang sebenar. Terbukti Islam dibawah kepimpinan orang lain juga pada waktu itu terus gah!
Cucu baginda dan para ulamak sebaik saja lepas era Ali (ra), melihat Islam secara meluas dan bukan sempit sesempitnya. Mereka akur dengan pemimpin yang menggantikan Ali (ra). Pemimpin itu juga adalah muslim, yang jelas individu muslim, dan pemimpin itu tidak boleh diperangi dengan sesuka hati begitu saja hanya disebabkan perbezaan politikal semata. Politikal tidak mendahului agama. Kelak umat yang sudah pun berbeza-berbeza pendapat dan berpuak-puak akan sekali gus kehancuran. Kehancuran sekali gus merugikan umat Islam seluruhnya.
Oleh itu, kerahkah seluruh ketinggian akal fikiran berserta strategi dan doa yang tidak melangkau adab, untuk terus mencerahkan kepimpinan di Malaysia supaya mereka yang dipilih rakyat ini sentiasa bersifat benar-benar membangunkan rakyat majmuk yang mereka wakili. Jangan ambil jalan mudah, jangan ambil jalan putus asa, jangan ambil jalan yang tak berketinggian akal - jatuhkan saja pemimpin itu kalau kita tak puas hati! Ini tidak ada sunnah pada dasarnya. Allah A’lam.