Terlebih dahulu saya ucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431. Hijrah itu pengorbanan. Pengorbanan terbit dari kata dasar korban, bukan dari kata dasar 'pengor'. Pengor mengikut kata Jawa adalah membawa maksud bodoh [betulkan sekiranya saya salah istilah jawa ini].
Sepanjang saya duduk di Bahrain, saya pernah berjumpa dengan seorang dua, yang profesional, yang belajar tinggi, yang pengor, mengutuk negara sendiri. Peliknya pada masa yang sama juga mengutuk negara tempat dia mencari makan. Semuanya serba tak kena dari pandangan golongan seperti ini.
Alhamdulillah, Karnival 1Malaysia telah berlangsung di Gurun Sakhir Bahrain dalam suasana sejuk. Pelbagai aktiviti dijalankan dari siang hari hingga lewat malam. Seterusnya, berkampung sehingga kesokan hari.
Karnival ini dirancang rapi oleh warga Malaysia yang membentuk komiti penganjur secara sukarela. Ini dilakukan bersempena 1Malaysia yang perlu dijadikan sebagai platfom untuk mengingatkan warga Malaysia agar sentiasa mengingati Negaranya, serta mengukuhkan semangat persahabatan antara warga Malaysia di Bahrain.
Sambutan begitu menggalakan dari pelbagai pihak.
Salam

Gambar persembahan dikir barat oleh anak-anak Malaysia.