Friday 25 May 2012

Politik Baru: Debat dan Tantawi PAS dipersilakan

Saya tidak mahu pertikai apa yang didebatkan tetapi saya melihat debat antara KJ dan Rafizi membuka ruang baru politik tanah air dalam konteks membuat pilihan, antara pemimpin yang mewakili parti masing-maing bercakap dengan fakta atau merapu. Seterusnya khalayak memilih. Tahniah kepada golongan muda ini - terlebih dahulu.

UMNO diwakili Ketua Pemuda manakala Ketua Angkatan Muda PKR tentulah tidak klas berbanding KJ Ketua Pemuda UMNO dan sebab itu Rafizi Pengarah Strategik Anwar Ibrahim yang didik dari awal diketengahkan. Ini pun saya tidak kisah sangat, memandangkan Melayu PKR memang mudah duduk semeja dengan Melayu UMNO dan berbincang apa sahaja.

Apa yang saya dambakan adalah Ketua Pemuda PAS berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO mengenai isu isu semasa negara dengan menggunakan keintelektualan serta fakta masing-masing, juga dengan skil bahasa masing-masing untuk menyakinkan khalayak siapa yang layak dipilih.

Saya katakan isu-isu negara kerana parti memerintah negara dan bukansekadar  parti memerintah ahlinya sahaja atau suku agama sahaja.Ia adalah pakej.

Politik sentimen dan ketaksuban mungkin dapat dileraikan melalui kaedah awal  ini.

Salam Hormat

Friday 23 March 2012

Ya Allah Apa Dah Jadi!!!

Ya Allah! Ringgit Malaysia Lima Ratus Lapan Puluh Sembilan Juta (RM 589). Suka hati kau orang main duit kerajaan.

Tuan Puan, kita kehancuran.

Bukan soal agama, bangsa yang kita mainkan sebenarnya. Tetapi salah urus tadbir, kerakusan, pembunuhan, dan banyak lagi kelaku individu dipemerintahan yang mahu disorokan.

Profesionalisma sudah tidak wujud lagi. Agama sudah tidak utama lagi. Semuanya kuasa mahu untung diri.

Salam Hormat

Wednesday 21 March 2012

Kesempitan hidup; bukan NFC jadi pertaruhan

Isu kuasa membeli yang semakin menyempit adalah bahan utama kempen pilihanraya oleh Pakatan Rakyat yang dijangka menarik sokongan.

Isu ini diperkukuhkan lagi dengan isu-isu NFC aka Shahrizat dan umumnya juga berkaitan kronisma yang memang dibenci rakyat.

Saya perhatikan juga usaha memburukan Nik Aziz oleh segelintir blogger yang mengangkat diri memperjuangkan UMNO akan merosakan UMNO akhirnya.

Isu video seks Anwar Ibrahim bakal tidak dihiraukan sangat kerana rakyat pada hari ini mencari alternatif hendak meluahkan kekecewaan mereka akibat kesempitan hidup.

Salam Hormat

Luahan:
Saya pernah alami kesempitan dan Alhamdulillah saya tidak buntu dan protes. Sebaliknya saya dianugerahkan kekuatan untuk mengambil semangat Hijrah Rasulullah mencari pencerahan [ekonomi].

Tapi dalam kepala saya sentiasa bermain "sampai bila harus berada di sini"

Memang saya berhasrat untuk pulang ke Johor bila sampai waktu yang sesuai. Mungkin kembali bersama rakan-rakan lama atau mungkin bersama rakan-rakan baru dengan perjuangan yang baru dan segar.

Friday 13 January 2012

Melayu; kompetitif; ayuh berubah!

Seperti dilaporkan, kedatangan imigran China di Afrika sudah menampakan hasil ekonomi.

Di Zambia, kebencian terhadap imigran China dilaporkan berlaku. Apa yang saya persepsikan adalah ketuanan Zambia yang tidak dapat memenuhi tuntutan kerja, atau terancam dalam persaingan sektor yang diceburi oleh Imigran China.

Bagi sesetengah pihak pula terutama kerajaan, kedatangan imigran China membuka ruang dan peluang ekonomi kepada Zambia, dan pada masa yang sama berpendapat ia memberi impak positif kepada sikap warga tempatan dalam hal bekerja dan persaingan ekonomi.

Hilarry Clinton masa lawatan ke Afrika memberi amaran penjajahan baru oleh kuasa baru China di Afrika, dan menyeru Afrika berhati-hati. Berhati-hati untuk apa? Barangkali hasutan ini lah yang menyebabkan anti imigran China mulai menampak.

Imigran China semasa ditemuramah secara terus terang kata pekerja Zambia tidak kompetitif. Saya persepsikan ini adalah jawapan yang jujur menjawap soalan penemuramah, walau pahit didengar warga Zambia.

Di Tanah Melayu suatu ketika dahulu orang Melayu juga dipersepsikan sebegitu [baca; malas]. Namun ia dijadikan sebagai cabaran dan bukan sentimen semata, maka Melayu berubah. Tidak boleh dinafikan faktor Perlembagaan Negara membantu Melayu. Melayu boleh menilai diri sendiri dimana mereka berada hari ini.

Sentimen oleh Amerika memberi amaran kepada Afrika mengenai bahaya imigran China tidak boleh diaplikasikan di Malaysia. Sentimen ini lapuk dan terbatal bagi golongan Melayu yang kompetitif. Semestinya!

Melayu kompetitif semestinya melihat isu-isu yang lebih fundamental yang sedang meruntuhkan institusi Melayu, bukanya isu-isu ranting yang menghayalkan Melayu dengan semangat ketuanan, bukanya isu-isu ranting ‘aku Islam, kau tak Islam’ yang membodohkan umat Islam sendiri.

Kecelaruan dalam hiraki institusi Melayu yang korup, pecah amanah, salah guna kuasa, guna agama untuk kepentingan yang menjumud adalah kanser dalam institusi Melayu.

Justeru itu isu-isu menjahanam ini mesti diterjah, dilerai dan disapu bersih. Usaha ini juga hendaklah berterusan. Selari dengan usaha ini, saya yakin akan muncul kelompok Melayu yang berjati diri, bersih, tidak korup, tidak jumud, dan dalam pada itu juga akan muncul pemimpin-pemimpin yang ideal dari kalangan kelompok ini.

Apa yang harus disasarkan dari usaha pembaharuan ini juga, ialah kaum-kaum dan agama-agama lain akan terkesan dengan perubahan positif institusi Melayu.

Semoga Malaysia Sejahtera.

Sunday 8 January 2012

Anwar bersalah?; Melayu kamsen!; Ayuh berubah!

I
Diam tak diam, 9 Januari 2012 akan menjelang dan dinanti oleh ramai yang ambil kisah. Saya catatkan di outlook saya tetapi saya tidak menanti Anwar Ibrahim bersalah atau tidak.

Sebaliknya apa yang saya nantikan adalah sketsa Muhajirin dan Ansar yang disatukan Muhammad s.a.w akan bertempur selepas lebih kurang 1400 tahun di Tanah Melayu atas nama Ketuanan Melayu vs Ketuanan Rakyat.

Melayu Perkasa tidak ada pedang tapi setakat ada parang kontot dan keris bengkang bengkok.

Kalau sudah tidak tertahan nanti (amat dikesali), maka saya ucapkan Selamat Bertempur dan mohon anda semua uruskan hasilnya serta ambil iktibar.

II
Minggu lepas saya menghubungi agen untuk mendapatkan maklumat tanah rizab melayu pertanian di Johor. Kot-kot kalau saya boleh kembali ke daerah saya setelah bertahun di Arab. Memang saya ada niat hendak membela lembu. Saya serius! Saya bukan perli sesiapa! Lagilah saya tiada niat hendak perli golongan lembu kena cucuk hidung! Saya serius dengan niat saya! Saya berhasrat hendak bela lembu, malah kambing, ayam kampong dan apa saja yang boleh.

Kemudian saya ada strategi berbakti dengan menjual terus hasil dari kebun saya, dengan harga berpatutan dan tiada orang tengah. Saya tidak berniat mahu kaya wang, tapi saya berniat mahu kaya rakan taulan. Dari mereka, saya akan bina kepercayaan mereka terhadap saya. Dari kepercayaan ini saya boleh bentuk ‘grand design’ pengaruh. Dari pengaruh saya boleh melangkah seterusnya dengan ‘grand design’ saya….…..………

Payah juga! Saya dimaklumkan harga tanah rizab melayu pertanian yang saya intai satu ekar Rm 30,000. Bagi marhaen ini sangat mahal! Entah berapa lapis harga. Entah berapa banyak kamsen kena. Kalau mohon tanah gomen entah boleh ke dapat? ………………..

Dunia melayu, kamsen! Kamsen! Kamsen! Hendak ziarah Menteri pun ada orang tengah. Kena kamsen jugak! Hendak bagi sokongan pun kena kamsen!

Mutakhir, saya bantutkan sahaja angan-angan lembu saya. Hmmm, mungkin juga saya boleh balik sebagai pelabur stesen minyak di Wilayah Pembangunan Iskandar. Siapa tahu angan-angan yang ini menjadi. Tapi, semudah itu ke? Atau saya kena juga lalui sesiapa dulu? ……………………………Kamsen lagi!!!!!!!

Catatan;
Kamsen merujuk komisyen yang rakan saya sebut ketika politikal pejabat berlaku sehingga mencetuskan perbalahan. Memang ada manusia yang diberi pangkat dan kuasa pecah amanah. Peristiwa ini berlaku sekitar akhir 1990an.

Di sekitar 2010an, berlaku lagi! Duit zakat pun duit zakat lah!

III
Justeru itu memang saya dambakan Malaysia yang berubah. Apa yang mustahak ialah kita orang Islam, kita orang Melayu sebagai tunggak negara, memainkan peranan memastikan Malaysia tidak dipimpin oleh kalangan korup. Bukan Melayu dan bukan Islam harus menyokong usaha ini.

Kalau tunggak Melayu (atau anda sebut Islam), betul, maka kaum lain (agama lain) yang dilindungi juga akan sejahtera.

Tuesday 3 January 2012

Budaya bisu; tak sedar, buat tak faham

I
Anda mesti baca ini; UMNO BARU, budaya takut membahaskan pemimpin rasuah dan salah laku. Maknanya yang hadir dalam perhimpunan kong kali kong, dua kali lima. Sebab itu semua membisu perihal rasuah dan salah laku.

II
Sebab itu orang terdahulu mengembara mencari ilmu agar luas pemikiran dan pemahaman. Seterusnya merumuskan dengan keyakinan dan hari ini jadi ikutan. Imam Bukhari dari Bukhara antaranya.

Kita yang tak mampu hendak mencari ilmu seperti ilmuan terdahulu sekurang-kurangnya buka lah hati belajar dari ramai cikgu. Bukanya belajar atas dasar kita suka cikgu itu sebab cikgu itu pandai buat lawak cerita parti orang aje yang jahat. Sedangkan diri sendiri yang jadi cikgu tidak sedar menghasut beralas Quran dan Hadith. Ini bisikan halus yang sangat merbahaya. Mana-mana cikgu pun, dari darah mana sekali pun, kalau gagal mengawal bab bisikan ini maka tidak layak jadi cikgu. Wisdom seperti yang difirman tidak diaplikasikan, maka cikgu juga gagal mengikut Quran. Jadilah dunia Islam porak peranda apabila mikrofon diberikan kepada cikgu yang tak ada wisdom.

Hudud Al Quran tidak boleh diubah suai. Apa yang dibahaskan adalah perlaksaan yang sentiasa berbeza intepretasi dan pendapat. Ikut lah! Kalau imej luaran pihak yang bercakap menampakan Islam Melayu atau Islam Arab, suara yang bercakap Islam tu pula lantang menguasai perbahasan, ramai pula yang setuju, maka kira betul lah, sebelum kena pulau! Macam tu!

Dalam UMNO ada disebut memperjuangkan Islam. Dalam PAS pun ada disebut juga, tetapi ditambah dengan melaksanakan Hukum Hudud. Macamana hendak laksanakan hukum hudud?

Kini PAS semakin akui melaksanakan Hudud bukan semudah dilaungkan. Buktinya PAS mencairkan perjuangan HUDUD mereka untuk menghadapi pilihanraya. Nampaknya PAS mahu jadi UMNO yang sudah lama mencair akibat bersama kaum dan agama lain, sehingga terjunam.

Saya tidak kata hidup bersama bangsa dan agama lain adalah salah! Malah adalah menjadi tuntutan hidup bermasyarakat. Malah membela bukan Islam pada tempatnya juga adalah tuntutan. Salahuddin Al Ayubi telah lakukan, mengembalikan keharmonian gereja yang juga tertindas oleh Crusader di kota Jurusalem.

Apa yang saya kata adalah mengimbau sejarah tolak ansur yang beransur-ansur menolak Melayu dan Islam sekali gus, dibumi yang dasarnya sejak kemerdekaan adalah membela Melayu dan Islam. Dalam pada itu terbukti memberi peluang kepada bukan Melayu dan bukan Islam meraih keuntungan apa saja yang menguntungkan. Hampir zero halangan untuk meraih keuntungan hari demi hari hingga ke hari ini.

Satu pihak dibela dan dijamin, manakala satu pihak pula dibuka peluang seluas-luasnya. Inilah Rahmat di Malaysia yang Melayu tidak sedar dan bukan Melayu pula tahu tapi buat don’t know dan terus meminta-minta.

Semoga Malaysia Sejahtera.

Salam Hormat


Waktu Bahrain