Friday 30 December 2011

Ibrahim Ali; lantang berkait

Saya tidak marah dengan buli yang dimaksudkan Dr. Eu, sebaliknya saya melihat Artikel 153 berkaitan Raja dan bumiputera digunakan oleh segelintir Ketua-ketua bumiputera untuk buli kaumnya sendiri – bumiputera.

Saya rasa elok Ibrahim Ali lebih lantang bersuara menegur hal rumah tangga bumiputera, agar Ketua-ketua Bumiputera termasuk Raja jangan raih keuntungan atas kuasa yang diberikan oleh bumiputera kepada mereka. Jangan alpa dalam persoalan agama dan bangsa. Jangan kemewahan teramat tanpa peduli sesak rakyat jelata. Jangan mengaut bak pukat harimau hatta rezeki untuk rakyat jelata juga dikaut sekali.

Catatan; saya sedang mengikuti kes WPI. Profesionalisma di WPI semakin menjauh dari sifat amanah. Kerakusan teramat. Semacam mengingatkan kita cakap-cakap “kepimpinan melalui teladan”. Barangkali juga sistem pendidikan kita terlalu menekan zahir manakala rohani hanyalah secondary.

Salam Hormat
Doha.

Wednesday 7 December 2011

Hudud jadi taruhan lagi aduhai

KUALA LUMPUR, Dec 6 — Malaysia is the seventh best country in the world for expatriates in terms of living a luxurious lifestyle, according to a recent survey by HSBC Bank.

The bank, which polled more than 3,500 expatriates in 31 countries online, released its findings yesterday and placed Thailand in the top spot, followed by Saudi Arabia, Singapore, Egypt, Switzerland and Hong Kong in descending order. Malaysian Insider.

Berita di atas bukan mengenai Hudud tapi apa makna nya kalau Saudi Arabia tersenarai? Kalau hudud menjejaskan ekonomi Negara seperti didakwa ,sudah lama Saudi Arabia terlangkup. Disebabkan Hudud tidak ada kena mengena dengan ekonomi lah maka berjuta expatriate ada di sana. Cuba renung-renungkan.

Mohon maaf saya tidak ada masa hendak meninjau pihak mana yang benar sebab masing-masing kesasar nanar mendambakan undi bukan Islam.

Saya juga tak ada masa hendak angkat sepanduk, bertempik-tempik menentang Chua Soi Lek sebabnya umat Islam yang terdekat dengan beliau gagal mencerahkan persepsi hudud.

Lagipun tindakan protes yang melulu menampakan Islam lemah dan menampakan agama yang penuh marah-marah macam yang sudah-sudah.

Salam Hormat

Monday 5 December 2011

Transformasi; PRU Dah Dekat Ni!

Lapor kawan saya, persidangan tidak lagi berkisar perkauman. Memang tidak kena pun kalau pemimpin bakar kaum lain untuk menaikan semangat kaum sendiri. Samalah memburukan agama lain [seperti  agama kristian] untuk menyatakan agama Islam adalah benar. Ini pendekatan yang salah.


Transformasi tidak bermakna membuka seluas-luasnya laman rumah sampai ayam-itik, kambing-lembu masuk buang air sesuka hati. Harus ada kawalan!

“Ahli suruh ahli resign juga satu tranformasi. Sebelum ni mana ada yang berani macam tu suka-suka suruh orang resign. Ahli benar-benar mahu pembaharuan. Ini persepsi baru. Elok lah ketua review perkara ini dengan berhemah sebelum jadi bahan cerita pelusuk kampong. PRU dah dekat ni!”

Friday 2 December 2011

Setuju Protes!

Menurut Grand Mufti Saudi ‘kebebasan merosakan akidah’, memang betul. Namun masih boleh dibahas dan diperhalus oleh ramai pihak. Beliau bercakap, seingat saya pada suku pertama 2011, ketika rantau arab sedang mengalami protes.

 
Pada dasar, saya setuju protes, malah saya juga pernah ikut protes menyokong Palestine dan menidakan tindakan Israel semasa di Arab, walau pun ada segelintir Melayu kata buang masa [semoga Allah memberi hidyah ilmu protes kepada golongan ini]


Apa yang saya hendak cakapkan ialah protes biarlah ada fundamental menentang gejala yang jelas definasinya, dan jelas perilakunya. Protes tidak boleh semudah menuduh mana-mana pihak, protes tidak boleh semudah menghukum mana-mana pihak, protes tidak boleh ganas dan mencemarkan Islam [agama saya], protes tidak boleh menampakan kebodohan, protes tidak boleh menjejaskan keharmonian persekitaran. Protes yang emosi bersulam agenda halus adalah dipengaruhi bisikan jahat. Ambil perhatian! Sila fikir!


Memang protes tidak dihuraikan fiqah, syariat juga tidak menggariskan protes adalah haram. Namun freedom of expression dihurai berhubung perilaku manusia yang berbeza pendapat. Protes sudah jadi trend dalam sejarah perkembangan manusia hari ni. Barangkali inilah yang perlu dihuraikan dengan hikmah, tenang dan sabar oleh para cendekiawan Islam Malaysia. Barangkali jadi satu cabang ilmu baru.


Saya faham! Undang-undang adalah untuk memastikan masyarakat tidak kesasar nanar, tidak semberono, tidak sesuka hati dan yang paling penting tidak menyusahkan majoriti rakyat yang mahukan keharmonian.


Dalam banyak hal, saya setuju perlunya undang-undang diketatkan. Bukan sahaja ketat, implementasi adalah mustahak. Kalau undang-undang kata balun, jawapnya balun lah!


Saya hormat protes oleh sekumpulan peguam. Apa yang saya harapkan mereka ini betul-betul protes berdasarkan profesionalisma dan bukan disondol-sondol pihak tertentu. Ambil perhatian!


Malah saya juga mahukan Malaysia dengar suara golongan yang benar-benar berprinsip profesional. Profesionalisma menentang rasuah, salah laku pengurusan , salah laku kewangan, menolak keegoan dan kerakusan kuasa, menolak campur tangan politik dalam keputusan-keputusan professional , demi memacu Negara kearah yang lebih baik [anda boleh namakan lagi apa saja yang melibatkan profesionalisma].



Pedang ketegasan bukan kezaliman

Saya mohon Jurutera di Malaysia protes! Rasuah [panggil; kerjasama, pelicin, sama-sama merasa, angpau dll] dalam kejuruteraan melibatkan kakitangan awam dan swasta di Malaysia kritikal. Ramai yang akui!

 Jangan tangkap saya! Saya berpesan-pesan dengan kebaikan dan berdoa Malaysia lebih gemilang. Presiden sila ambil perhatian! Profesionalisma mesti dipulihkan!

Wednesday 23 November 2011

Babi

Saya tak kuasa nak ambil tahu pasal lembu [baca; tak ambik pot]. Biarlah level Oxford berhujah pasal lembu berselang perjuangan.

Di tempat saya tinggal sekarang ini heboh pasal produk daging babi mula dijual julung kali. Sebelum ini produk daging babi adalah produk larangan. Kini pecinta produk daging babi menarik nafas lega dan berpusu-pusu mendapatkan bekalan.

Saya sempat berbicara dengan warga tempatan mengenai isu ini. Hujah dari sudut pandangan Kristian yang juga menekankan larangan memakan daging babi tetapi dikatakan tidak ada [baca; twist] dalam bible. Manakala Islam jelas menegah.

Saya lontarkan bukan produk babi yang menjadi subjek utama tetapi yang tersirat ialah bagaimana tekanan kuasa luar yang mahukan negara tempat saya tinggal ini membuka seluasnya kepada unsur luar untuk bertapak dan berpengaruh.

Kawalan dan ketegasan mesti ada. Mana-mana tocang yang mula nak menaik, eloklah ditarah rapat. Ambil pengalaman Malaysia yang sedang bertarung akibat terlalu demokrasi.

Salam Hormat

Wednesday 9 November 2011

Cemburu!

Apabila orang lain mendapat kelebihan, keistimewaan, layanan yang baik disebabkan darjat dunia, maka janganlah kita cemburu. Usahalah cari kekuatan sendiri supaya jadi istimewa tersendiri.

Paling haru bila orang yang mendapat keistimewaan dikatakan ibadah mereka tak ok. Ini betul betul punya cemburu. Oops jangan pilih kasih. Semua di Malaysia ada sifat cemburu. Tidak ada yang maksum dari sifat cemburu di Malaysia. Heh heh heh

Ketika saya berurusan visa, saya diberi keistimewaan oleh  pegawai arab untuk terus kekaunter-kaunter berkenaan. Saya gunakan keistimewaan ini untuk kebaikan. Passport Malaysia memang istimewa tapi kenalah caranya juga. Heh heh heh.

Ketahuilah, darjat manusia itu berbeza-beza. Si fakir menerima zakat, si kaya memberi zakat. Tok guru tetap tok guru walau makan di lantai. Kalau perihal darjat yang kecil subjeknya ini pun tak boleh faham, maka heh heh heh....... aduhai.

Friday 28 October 2011

Betu La tu!

Ketika saya membuat entri ini, saya menonton Al Jazeera yang melaporkan krisis kewangan Eropah. Saya pernah bagi pendapat kepada rakan-rakan bukan muslim (luar) cuba cari mana-mana negara yang mereka tahu Negara Islam yang bangkrup macam banyak negara di Eropah. Banyak lagi perbincangan lain yang saya luangkan masa tapi bukan ini yang saya hendak bincangkan di sini.

Saya terbaca Najib cakap jangan heret keluarga ke dalam politik berikutan isu ahli keluarga Lim Guan Eng. Saya setuju dengan kenyataan ini. Satu kenyataan lagi yang menarik adalah dari seorang tokoh politik label Islam yang bermaksud pasukanya mendambakan kepimpinan 'Brother' menerajui Gabungan dan harus tidak melihat persoalan peribadi beliau yang didakwa ehem ehem yang masih dalam perbicaraan. Maknanya isu ehem ehem dan perkara berkaitan lain hendaklah ditinggalkan dan menumpukan kepada kekuatan 'Brother' menerajui Gabungan. Saya juga setuju dengan cakap ini.

Dipendekan cerita kedua-dua pemimpin ini mengajak kita memisahkan hal peribadi dengan politk. Saya setuju dan saya juga keliru sedikit. Tidak banyak, tapi keliru sedikit.

Sekiranya Najib seorang sahaja yang cakap maka saya faham. Saya terbayang 'Mama' yang jadi bahan bual hingga menjejaskan Najib. Tapi kalau ulamak yang cakap mengenai pisahan peribadi dan kepimpinan, maka ini perlu dipersoalkan sebabnya ulamak jugalah yang bercakap politik tidak boleh dipisahkan dengan agama. Bukan ke peribadi ini 'package' untuk menjadi pemimpin yang baik.

Apa pun jua, barangkali itu umum tidak mengetahui dengan meluas sejarah ahli-ahli keluarga Rasulullah, para sahabat juga para ulamak mazhab tersohor kerana tidak manis mengaitkan persoalan ahli keluarga dengan ketokohan dan kepimpinan mereka yang menjadi panduan hingga ke hari ini.

Salam Hormat.

Wednesday 13 July 2011

Saya hairan, tapi biasalah tu...

Hilang cerita Ambiga, kini, Mat Sabu PAS mengambil alih. Wakil Majlis Peguam yang cakap tak macam peguam pun bercakap jugak. Begitulah senario politik terkini. Biasa la tu, lagi ramai enter frame lagilah meriah.

Kalau melihat senario protest di Bahrain, Mat Sabu yang kini mewakili PR membuat tuntutan dan mengugut kerjaan untuk Bersih 3.0, ini tak ubah macam perangai parti pembangkang Syiah di Bahrain.

Tindakan kerajaan mengawal Bersih 2.0 pula saya katakan macam pemerintah Sunni di Bahrain, tetapi terlalu minor menghampiri tak ada apa-apa berbanding Bahrain.

Namun semua harus ingat, kestabilan Negara adalah utama. Adalah tanggungjawab pemerintah mengawal Negara. Jika negara stabil, semua rakyat termasuk anak cucu Mat Sabu boleh bikin bisnes dan menantu Nik Aziz pun boleh maintain kekayaan. Tapi macamana nak memenuhi tuntutan ini kalau negara berkecamuk.

Jangalah ikutkan perangai mengaruk Arab di sana nun. Berkecamuk. Tak ada apa yang nak dibanggakan.

Oh ya! badan-badan human right dunia yang sedang memburukan Malaysia., badan-badan yang samalah memburukan Bahrain tempohari hingga kini. 

Biasa la tu....

Tuesday 12 July 2011

Saya marah, akhirnya jadi biasa aje!

Seminggu di Kuala Lumpur saya terperanjat dengan harga makanan di restoran. Nasi campur yang sejemput lauk sana sini mencecah 7 hingga 8 ringgit sepinggan. Niat nak bertemu rakan-rakan yang ramai di Malaysia untuk bol mereka sengaja saya batalkan. Bukan apa, saya bertanggungjawab menjaga cash flow saya sendiri. Lagi pun bol sambil berborak panjang mengundang lagha. Elok jauhkan.

Setelah seminggu harga barangan yang mahal dah jadi biasa aje dan tak mahal. Biasa je.

Nah! ini lah saikologi pemerintah yang dah tau tabiaat rakyatnya yang tak kisah kenaikan harga barang dan mudah lupa. Heh heh heh.

Bodoh! dari protes Bersih berkaitan SPR yang sebenarnya bukanlah isu fundamental, adalah lebih baik protes kenapa biasiswa melayu tak ditambah banyak lagi, kenapa kerajaan tak buka pasaran atau permit impot kepada pesaing lain agar tidak ada monopoli barangan dan sebagainya. Atau, protes subsidi lain yang memang tanggungjawab pemerintah. Bukan soal jadi bangsa subsidi tak boleh maju.

Jangan percaya bulat-bulat apa yang saya cakap. Saya bebas berekspresi dalam konteks syariat. Saya mohon maaf kepada yang terasa kerana terlanjur menggunakan kata Bodoh yang langsung terkeluar dari  konteks syariat.

Salam Hormat.

Sunday 10 July 2011

Nampak Islam Islam tapi heh heh heh...

Bro, Islam tak mengaruk dijalanan. Itu putus asa. Islam kan peace, pendekatan mestilah berhemah kalau nak kuasa sekali pun. Dah tak yakin dengan agama sendiri ke?

Sekembali ke tanah air saya menceritakan detik cemas protes di Bahrain yang saya lalui kepada rakan-rakan yang bertanya.


Salam Hormat

Thursday 23 June 2011

Bersih mana yang tak Bersih juga tuntutan

Satu persatu barangan lusuh yang tidak diperlukan lagi saya buang.
Satu persatu barangan yang tidak diperlukan tapi masih elok saya lelong.
Satu persatu sudut kediaman yang terhimpun debu-debu halus yang menggatalkan hidung saya kemaskan.
Satu persatu barangan yang baik untuk dibawa pulang saya susunkan.
Saya mahu tuan kediaman dan orang lain nanti mendapat faedah  dari “Malaysian are good people”, kata biasa yang saya dengar dari mulut arab yang hakikatnya mereka menyukai dan menyanjung orang putih.
“Look! They keep the house clean”… saya tokok tambah syok sendiri. Memang saya pembersih berbanding jiran arab saya yang wangi-wangi  tapi pengotor.
Yang dapat nama baik adalah Malaysia jugak.
Saya sedang sibuk memBERSIHkan kediaman saya dan akan kembali ke tanah air setelah hampir 5 tahun di Bahrain.
Oh ya! Memang tuntutan syariat memBERSIHkan apa yang tak BERSIH. Jadi tak salah lah kalau anda BERSIHkan apa yang tak BERSIH.
Semoga bertemu kembali mana yang terputus sebelum ini. Insya Allah.
Salam Hormat
Kingdom of Bahrain.

Sunday 17 April 2011

Tau tapi tak ikut - yang mengajar pun tak ikut.

Selepas Baginda Rasulullah (saw) wafat,  pemimpin seterusnya Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali (ra) dilantik melalui ‘consultation’.  Benar-benar ‘consultation’. Bukan buat-buat. Keperibadian mereka diakui dan kita yakini tidak timbul soal siapa lebih layak antara mereka.

Kalau ada pun yang mempertikaikan ‘consultation’ ini adalah  segelintir mereka yang mengaku menjadi penyokong  kepada sesetengah pemimpin sedangkan mereka ini adalah sebenarnya golongan bingung  belaka yang mencarik-carik  perpaduan umat.

Disebabkan keperibadian mereka,  kita yakini mereka tidak bersifat menyeru  sesiapa pun berbuat sesuatu melangkaui batasan,  mempertikaikan ‘consultation’ tersebut. Malah, kita yakini mereka bersifat menyeru kepada kebaikan dan menyeru ketaatan kepada  keputusan ‘consultation’ atas nama Islam keseluruhanya dan bukan kepentingan peribadi  mahupun kuasa yang menyempit.

Setelah Ali (ra) meninggal dunia, ‘consultation’ berbaur politik mengambil alih senario perlantikan kepimpinan dunia Islam seterusnya.  Walaupun  dalam senario  begitu, namun perhatikan betul-betul,  hasilnya juga ialah empayar Islam terus kukuh selepas Ali (ra), untuk beberapa ratus tahun lagi. Islam gah!

Juga nilaikan sifat  yang ditunjukan cucu baginda Rasulullah (saw)dalam konteks ketaatan kepada pemimpin pada waktu itu walau bukan antara mereka yang menjadi pemimpin No.1. Sifat ketaatan ini  adalah hasil dari didikan baginda, ajaran  baginda yang sebenar.  Terbukti Islam dibawah kepimpinan orang lain juga  pada waktu itu terus gah!

Cucu baginda dan para ulamak  sebaik saja lepas era Ali (ra),  melihat Islam secara meluas dan bukan sempit sesempitnya. Mereka akur dengan pemimpin yang  menggantikan Ali (ra). Pemimpin itu juga adalah muslim,  yang jelas individu muslim, dan pemimpin itu tidak boleh diperangi  dengan  sesuka hati begitu saja hanya disebabkan perbezaan  politikal semata. Politikal tidak mendahului agama. Kelak umat yang sudah pun berbeza-berbeza pendapat dan berpuak-puak akan sekali gus kehancuran. Kehancuran sekali gus merugikan umat Islam  seluruhnya.

Oleh itu, kerahkah seluruh ketinggian akal fikiran berserta strategi dan doa yang tidak melangkau adab,  untuk terus mencerahkan kepimpinan di  Malaysia  supaya  mereka yang dipilih rakyat ini sentiasa bersifat benar-benar membangunkan rakyat  majmuk yang mereka wakili.  Jangan ambil  jalan mudah, jangan ambil jalan putus asa, jangan ambil  jalan yang tak berketinggian akal - jatuhkan saja pemimpin itu kalau kita tak puas hati! Ini tidak ada sunnah pada dasarnya. Allah A’lam.

Saturday 16 April 2011

Sudah, sudah, peluang dah dibagi

Sudah, sudah! Keputusan pun dah keluar. Yang menang, menang. Yang kalah, kalah. Macam-macam kebebasan dah di bagi. Kalau nak komen pun, komenlah parti masing-masing, cermin diri lagi afdhal.

Mana yang celupar, terlanjur cakap, menghina rakyat yang berhak buat pilihan masing-masing, masih belum terlambat nak tarik cakap!

Pilihanraya besar bakal datang!

Thursday 14 April 2011

Anwar Ibrahim dan Raja Petra Kamaruddin; Najib Razak dan Raja Petra Kamaruddin

Ketika 'unrest' sedang berlaku di sini, syiah kata wahabi bersekongkol dengan US dan Zionist mencatur politikal timur tengah untuk kepentingan masing-masing.

Wahabi juga kata syiah bersekongkol dengan US dan Zionist mencatur politikal timur tengah untuk kepentingan masing-masing.

Tak taulah siapa yang cakap betul. Tapi kalau kita tukar nama dua puak  ini antara satu sama lain, yang jelas kekal adalah US dan Zionist. Betul tak?

Kalau kita tukar dua individu politik antara satu sama lain, Anwar Ibrahim dan Najib Razak, yang jelas kekal adalah Raja Petra Kamaruddin.

Secara umum saya nasihatkan, sebelum tuan puan semua kesasar nanar menambah-nambah dosa menelan berita-berita fasik adalah lebih baik tuan puan nyahkan kaum fasik terlebih dahulu dari masyarakat tuan puan. Hanya setelah itu barulah agak mudah dan jelas tuan puan uruskan antara Anwar Ibrahim dan Najib Razak dalam pilihanraya nanti.

Ini hanya nasihat. Jangan pula kata saya suruh - saya adu domba.

Tuesday 12 April 2011

Mana betul mana pusing – cakap apa pun jadi politik.

Cakap betul  bersifat  mudah, berbatas,  meyakin (namakan apa saja), manakala cakap  menyokong berpusing-pusing, berbalik-balik (namakan apa saja berkaitan), semata-mata memenangkan apa yang disokong ,  hinggalah tak kesedaran klimaks , terpancut  cakap-cakap yang tidak elok.

Cakap betul tak popular sebab tak ada sensasi politik. Contohnya, ‘jangan buka aib orang’.  Orang pencen 55  yang sibuk dengan kelas fardu ain pun tau bab ni, apatah lagi mereka yang berpangkat ustaz.

Cakap betul bukan saja tak popular malah orang yang bercakap betul bila-bila saja boleh kena marah. Boleh kena boikot (namakan apa saja berkaitan). Contohnya, memang tak boleh jatuhkan pemimpin selagi dia bergelar Islam. Dia mengaku Islam. Apatah lagi dia masih di lihat bersolat. Maknanya jangan bersekongkol dengan kumpulan yang jelas berniat menjatuhkan pemimpin yang masih Islam.

Tapi dalam dunia Melayu, cakap betul pun jadi politik. Aduhai.


Jauhi lah  mendengar ceramah dengan cara begini, kurang sopan. Gambar hiasan dari minaq_jinggo.

Sunday 10 April 2011

Najib bertanggungjawab!

'Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar' Al Imran 110.

Bagaimana nak jadi umat terbaik kalau yang mampu difikirkan, dibahaskan, dipromosikan gila-gila adalah sekadar pembikinan filem hitam putih heh heh heh.

Perdana Menteri Najib, sayanglah agama mu dan hentikan gejala penayangan dan promosi filem tu atas nama agama mu. Kelak filem tu mengundang musibah yang lebih besar - kebebasan berfilem di Malaysia. Anak-anak muda tanpa segan silu menyelami teknologi pembikinan filem tu. Atau kalian memang suka heh heh heh musibah ini heh heh heh kerana mudah lah kalian berurusan nanti kalau dapat hak kebebasan heh heh heh. Aduhai.....

'Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik.' Al Araf 165

Waktu Bahrain