Tuesday 12 July 2011

Saya marah, akhirnya jadi biasa aje!

Seminggu di Kuala Lumpur saya terperanjat dengan harga makanan di restoran. Nasi campur yang sejemput lauk sana sini mencecah 7 hingga 8 ringgit sepinggan. Niat nak bertemu rakan-rakan yang ramai di Malaysia untuk bol mereka sengaja saya batalkan. Bukan apa, saya bertanggungjawab menjaga cash flow saya sendiri. Lagi pun bol sambil berborak panjang mengundang lagha. Elok jauhkan.

Setelah seminggu harga barangan yang mahal dah jadi biasa aje dan tak mahal. Biasa je.

Nah! ini lah saikologi pemerintah yang dah tau tabiaat rakyatnya yang tak kisah kenaikan harga barang dan mudah lupa. Heh heh heh.

Bodoh! dari protes Bersih berkaitan SPR yang sebenarnya bukanlah isu fundamental, adalah lebih baik protes kenapa biasiswa melayu tak ditambah banyak lagi, kenapa kerajaan tak buka pasaran atau permit impot kepada pesaing lain agar tidak ada monopoli barangan dan sebagainya. Atau, protes subsidi lain yang memang tanggungjawab pemerintah. Bukan soal jadi bangsa subsidi tak boleh maju.

Jangan percaya bulat-bulat apa yang saya cakap. Saya bebas berekspresi dalam konteks syariat. Saya mohon maaf kepada yang terasa kerana terlanjur menggunakan kata Bodoh yang langsung terkeluar dari  konteks syariat.

Salam Hormat.

4 comments:

Feriz Omar said...

Mungkin kerana itu saudara tak beritahu saya saudara kembali ke Malaysia ...

Feriz Omar said...

Mungkin kerana itu, saudara balik senyap2 ... taku kena bol ...

Feriz Omar said...

Mungkin kerana itu sauda balik senyap2 ... takut kena 'bol'

kamarulzaman ahmad said...

saya sms tapi tak masuk.. saya nak call tapi tunggu waktu sesuai.... Insya Allah betemu nanti.Saya di Johor sekarang ni.

Waktu Bahrain