Friday 28 October 2011

Betu La tu!

Ketika saya membuat entri ini, saya menonton Al Jazeera yang melaporkan krisis kewangan Eropah. Saya pernah bagi pendapat kepada rakan-rakan bukan muslim (luar) cuba cari mana-mana negara yang mereka tahu Negara Islam yang bangkrup macam banyak negara di Eropah. Banyak lagi perbincangan lain yang saya luangkan masa tapi bukan ini yang saya hendak bincangkan di sini.

Saya terbaca Najib cakap jangan heret keluarga ke dalam politik berikutan isu ahli keluarga Lim Guan Eng. Saya setuju dengan kenyataan ini. Satu kenyataan lagi yang menarik adalah dari seorang tokoh politik label Islam yang bermaksud pasukanya mendambakan kepimpinan 'Brother' menerajui Gabungan dan harus tidak melihat persoalan peribadi beliau yang didakwa ehem ehem yang masih dalam perbicaraan. Maknanya isu ehem ehem dan perkara berkaitan lain hendaklah ditinggalkan dan menumpukan kepada kekuatan 'Brother' menerajui Gabungan. Saya juga setuju dengan cakap ini.

Dipendekan cerita kedua-dua pemimpin ini mengajak kita memisahkan hal peribadi dengan politk. Saya setuju dan saya juga keliru sedikit. Tidak banyak, tapi keliru sedikit.

Sekiranya Najib seorang sahaja yang cakap maka saya faham. Saya terbayang 'Mama' yang jadi bahan bual hingga menjejaskan Najib. Tapi kalau ulamak yang cakap mengenai pisahan peribadi dan kepimpinan, maka ini perlu dipersoalkan sebabnya ulamak jugalah yang bercakap politik tidak boleh dipisahkan dengan agama. Bukan ke peribadi ini 'package' untuk menjadi pemimpin yang baik.

Apa pun jua, barangkali itu umum tidak mengetahui dengan meluas sejarah ahli-ahli keluarga Rasulullah, para sahabat juga para ulamak mazhab tersohor kerana tidak manis mengaitkan persoalan ahli keluarga dengan ketokohan dan kepimpinan mereka yang menjadi panduan hingga ke hari ini.

Salam Hormat.

Waktu Bahrain