Friday 2 December 2011

Setuju Protes!

Menurut Grand Mufti Saudi ‘kebebasan merosakan akidah’, memang betul. Namun masih boleh dibahas dan diperhalus oleh ramai pihak. Beliau bercakap, seingat saya pada suku pertama 2011, ketika rantau arab sedang mengalami protes.

 
Pada dasar, saya setuju protes, malah saya juga pernah ikut protes menyokong Palestine dan menidakan tindakan Israel semasa di Arab, walau pun ada segelintir Melayu kata buang masa [semoga Allah memberi hidyah ilmu protes kepada golongan ini]


Apa yang saya hendak cakapkan ialah protes biarlah ada fundamental menentang gejala yang jelas definasinya, dan jelas perilakunya. Protes tidak boleh semudah menuduh mana-mana pihak, protes tidak boleh semudah menghukum mana-mana pihak, protes tidak boleh ganas dan mencemarkan Islam [agama saya], protes tidak boleh menampakan kebodohan, protes tidak boleh menjejaskan keharmonian persekitaran. Protes yang emosi bersulam agenda halus adalah dipengaruhi bisikan jahat. Ambil perhatian! Sila fikir!


Memang protes tidak dihuraikan fiqah, syariat juga tidak menggariskan protes adalah haram. Namun freedom of expression dihurai berhubung perilaku manusia yang berbeza pendapat. Protes sudah jadi trend dalam sejarah perkembangan manusia hari ni. Barangkali inilah yang perlu dihuraikan dengan hikmah, tenang dan sabar oleh para cendekiawan Islam Malaysia. Barangkali jadi satu cabang ilmu baru.


Saya faham! Undang-undang adalah untuk memastikan masyarakat tidak kesasar nanar, tidak semberono, tidak sesuka hati dan yang paling penting tidak menyusahkan majoriti rakyat yang mahukan keharmonian.


Dalam banyak hal, saya setuju perlunya undang-undang diketatkan. Bukan sahaja ketat, implementasi adalah mustahak. Kalau undang-undang kata balun, jawapnya balun lah!


Saya hormat protes oleh sekumpulan peguam. Apa yang saya harapkan mereka ini betul-betul protes berdasarkan profesionalisma dan bukan disondol-sondol pihak tertentu. Ambil perhatian!


Malah saya juga mahukan Malaysia dengar suara golongan yang benar-benar berprinsip profesional. Profesionalisma menentang rasuah, salah laku pengurusan , salah laku kewangan, menolak keegoan dan kerakusan kuasa, menolak campur tangan politik dalam keputusan-keputusan professional , demi memacu Negara kearah yang lebih baik [anda boleh namakan lagi apa saja yang melibatkan profesionalisma].



Pedang ketegasan bukan kezaliman

Saya mohon Jurutera di Malaysia protes! Rasuah [panggil; kerjasama, pelicin, sama-sama merasa, angpau dll] dalam kejuruteraan melibatkan kakitangan awam dan swasta di Malaysia kritikal. Ramai yang akui!

 Jangan tangkap saya! Saya berpesan-pesan dengan kebaikan dan berdoa Malaysia lebih gemilang. Presiden sila ambil perhatian! Profesionalisma mesti dipulihkan!

No comments:

Waktu Bahrain