Tuesday 3 January 2012

Budaya bisu; tak sedar, buat tak faham

I
Anda mesti baca ini; UMNO BARU, budaya takut membahaskan pemimpin rasuah dan salah laku. Maknanya yang hadir dalam perhimpunan kong kali kong, dua kali lima. Sebab itu semua membisu perihal rasuah dan salah laku.

II
Sebab itu orang terdahulu mengembara mencari ilmu agar luas pemikiran dan pemahaman. Seterusnya merumuskan dengan keyakinan dan hari ini jadi ikutan. Imam Bukhari dari Bukhara antaranya.

Kita yang tak mampu hendak mencari ilmu seperti ilmuan terdahulu sekurang-kurangnya buka lah hati belajar dari ramai cikgu. Bukanya belajar atas dasar kita suka cikgu itu sebab cikgu itu pandai buat lawak cerita parti orang aje yang jahat. Sedangkan diri sendiri yang jadi cikgu tidak sedar menghasut beralas Quran dan Hadith. Ini bisikan halus yang sangat merbahaya. Mana-mana cikgu pun, dari darah mana sekali pun, kalau gagal mengawal bab bisikan ini maka tidak layak jadi cikgu. Wisdom seperti yang difirman tidak diaplikasikan, maka cikgu juga gagal mengikut Quran. Jadilah dunia Islam porak peranda apabila mikrofon diberikan kepada cikgu yang tak ada wisdom.

Hudud Al Quran tidak boleh diubah suai. Apa yang dibahaskan adalah perlaksaan yang sentiasa berbeza intepretasi dan pendapat. Ikut lah! Kalau imej luaran pihak yang bercakap menampakan Islam Melayu atau Islam Arab, suara yang bercakap Islam tu pula lantang menguasai perbahasan, ramai pula yang setuju, maka kira betul lah, sebelum kena pulau! Macam tu!

Dalam UMNO ada disebut memperjuangkan Islam. Dalam PAS pun ada disebut juga, tetapi ditambah dengan melaksanakan Hukum Hudud. Macamana hendak laksanakan hukum hudud?

Kini PAS semakin akui melaksanakan Hudud bukan semudah dilaungkan. Buktinya PAS mencairkan perjuangan HUDUD mereka untuk menghadapi pilihanraya. Nampaknya PAS mahu jadi UMNO yang sudah lama mencair akibat bersama kaum dan agama lain, sehingga terjunam.

Saya tidak kata hidup bersama bangsa dan agama lain adalah salah! Malah adalah menjadi tuntutan hidup bermasyarakat. Malah membela bukan Islam pada tempatnya juga adalah tuntutan. Salahuddin Al Ayubi telah lakukan, mengembalikan keharmonian gereja yang juga tertindas oleh Crusader di kota Jurusalem.

Apa yang saya kata adalah mengimbau sejarah tolak ansur yang beransur-ansur menolak Melayu dan Islam sekali gus, dibumi yang dasarnya sejak kemerdekaan adalah membela Melayu dan Islam. Dalam pada itu terbukti memberi peluang kepada bukan Melayu dan bukan Islam meraih keuntungan apa saja yang menguntungkan. Hampir zero halangan untuk meraih keuntungan hari demi hari hingga ke hari ini.

Satu pihak dibela dan dijamin, manakala satu pihak pula dibuka peluang seluas-luasnya. Inilah Rahmat di Malaysia yang Melayu tidak sedar dan bukan Melayu pula tahu tapi buat don’t know dan terus meminta-minta.

Semoga Malaysia Sejahtera.

Salam Hormat


1 comment:

Anonymous said...

Salam 1 Deen,
Saya tertarik dengan tulisan tuan.."..sudah nampak PAS juga semacam UMNO akan terjunam.." lebih kurang maksud tuan dalam tulisan tuan di atas.
Adakah tuan sudah memahami konsep tahaluf siasi? Adakah tuan sudah dasar-dasar perlembagaan dalam PAS? Sudahkah tuan membezakan dasar UMNO dan PAS dengan lebih teliti. Konsep Syura di dalam PAS? Konsep ini tidak dipakai dalam UMNO. Harap tuan lebih banyak membaca pandangan dari pimpinan PAS sendiri dan tulisan2 atau bloger dari ilmuan PAS.... Tuan terlalu banyak membaca dari akhbar2 UMNo dan bloger2 UMNO...Harap tuan dalami apa dia Maqasid Syariah..cuba tuan baca tulisan yang ditulis oleh Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi tentang perkara tersebut..ternasuk Negara Kebajikan yang dicanangkan...sekian terimakasih.

Waktu Bahrain