Sunday 8 January 2012

Anwar bersalah?; Melayu kamsen!; Ayuh berubah!

I
Diam tak diam, 9 Januari 2012 akan menjelang dan dinanti oleh ramai yang ambil kisah. Saya catatkan di outlook saya tetapi saya tidak menanti Anwar Ibrahim bersalah atau tidak.

Sebaliknya apa yang saya nantikan adalah sketsa Muhajirin dan Ansar yang disatukan Muhammad s.a.w akan bertempur selepas lebih kurang 1400 tahun di Tanah Melayu atas nama Ketuanan Melayu vs Ketuanan Rakyat.

Melayu Perkasa tidak ada pedang tapi setakat ada parang kontot dan keris bengkang bengkok.

Kalau sudah tidak tertahan nanti (amat dikesali), maka saya ucapkan Selamat Bertempur dan mohon anda semua uruskan hasilnya serta ambil iktibar.

II
Minggu lepas saya menghubungi agen untuk mendapatkan maklumat tanah rizab melayu pertanian di Johor. Kot-kot kalau saya boleh kembali ke daerah saya setelah bertahun di Arab. Memang saya ada niat hendak membela lembu. Saya serius! Saya bukan perli sesiapa! Lagilah saya tiada niat hendak perli golongan lembu kena cucuk hidung! Saya serius dengan niat saya! Saya berhasrat hendak bela lembu, malah kambing, ayam kampong dan apa saja yang boleh.

Kemudian saya ada strategi berbakti dengan menjual terus hasil dari kebun saya, dengan harga berpatutan dan tiada orang tengah. Saya tidak berniat mahu kaya wang, tapi saya berniat mahu kaya rakan taulan. Dari mereka, saya akan bina kepercayaan mereka terhadap saya. Dari kepercayaan ini saya boleh bentuk ‘grand design’ pengaruh. Dari pengaruh saya boleh melangkah seterusnya dengan ‘grand design’ saya….…..………

Payah juga! Saya dimaklumkan harga tanah rizab melayu pertanian yang saya intai satu ekar Rm 30,000. Bagi marhaen ini sangat mahal! Entah berapa lapis harga. Entah berapa banyak kamsen kena. Kalau mohon tanah gomen entah boleh ke dapat? ………………..

Dunia melayu, kamsen! Kamsen! Kamsen! Hendak ziarah Menteri pun ada orang tengah. Kena kamsen jugak! Hendak bagi sokongan pun kena kamsen!

Mutakhir, saya bantutkan sahaja angan-angan lembu saya. Hmmm, mungkin juga saya boleh balik sebagai pelabur stesen minyak di Wilayah Pembangunan Iskandar. Siapa tahu angan-angan yang ini menjadi. Tapi, semudah itu ke? Atau saya kena juga lalui sesiapa dulu? ……………………………Kamsen lagi!!!!!!!

Catatan;
Kamsen merujuk komisyen yang rakan saya sebut ketika politikal pejabat berlaku sehingga mencetuskan perbalahan. Memang ada manusia yang diberi pangkat dan kuasa pecah amanah. Peristiwa ini berlaku sekitar akhir 1990an.

Di sekitar 2010an, berlaku lagi! Duit zakat pun duit zakat lah!

III
Justeru itu memang saya dambakan Malaysia yang berubah. Apa yang mustahak ialah kita orang Islam, kita orang Melayu sebagai tunggak negara, memainkan peranan memastikan Malaysia tidak dipimpin oleh kalangan korup. Bukan Melayu dan bukan Islam harus menyokong usaha ini.

Kalau tunggak Melayu (atau anda sebut Islam), betul, maka kaum lain (agama lain) yang dilindungi juga akan sejahtera.

No comments:

Waktu Bahrain