Apabila orang lain mendapat kelebihan, keistimewaan, layanan yang baik disebabkan darjat dunia, maka janganlah kita cemburu. Usahalah cari kekuatan sendiri supaya jadi istimewa tersendiri.
Paling haru bila orang yang mendapat keistimewaan dikatakan ibadah mereka tak ok. Ini betul betul punya cemburu. Oops jangan pilih kasih. Semua di Malaysia ada sifat cemburu. Tidak ada yang maksum dari sifat cemburu di Malaysia. Heh heh heh
Ketika saya berurusan visa, saya diberi keistimewaan oleh pegawai arab untuk terus kekaunter-kaunter berkenaan. Saya gunakan keistimewaan ini untuk kebaikan. Passport Malaysia memang istimewa tapi kenalah caranya juga. Heh heh heh.
Ketahuilah, darjat manusia itu berbeza-beza. Si fakir menerima zakat, si kaya memberi zakat. Tok guru tetap tok guru walau makan di lantai. Kalau perihal darjat yang kecil subjeknya ini pun tak boleh faham, maka heh heh heh....... aduhai.
Wednesday, 9 November 2011
Friday, 28 October 2011
Betu La tu!
Ketika saya membuat entri ini, saya menonton Al Jazeera yang melaporkan krisis kewangan Eropah. Saya pernah bagi pendapat kepada rakan-rakan bukan muslim (luar) cuba cari mana-mana negara yang mereka tahu Negara Islam yang bangkrup macam banyak negara di Eropah. Banyak lagi perbincangan lain yang saya luangkan masa tapi bukan ini yang saya hendak bincangkan di sini.
Saya terbaca Najib cakap jangan heret keluarga ke dalam politik berikutan isu ahli keluarga Lim Guan Eng. Saya setuju dengan kenyataan ini. Satu kenyataan lagi yang menarik adalah dari seorang tokoh politik label Islam yang bermaksud pasukanya mendambakan kepimpinan 'Brother' menerajui Gabungan dan harus tidak melihat persoalan peribadi beliau yang didakwa ehem ehem yang masih dalam perbicaraan. Maknanya isu ehem ehem dan perkara berkaitan lain hendaklah ditinggalkan dan menumpukan kepada kekuatan 'Brother' menerajui Gabungan. Saya juga setuju dengan cakap ini.
Dipendekan cerita kedua-dua pemimpin ini mengajak kita memisahkan hal peribadi dengan politk. Saya setuju dan saya juga keliru sedikit. Tidak banyak, tapi keliru sedikit.
Sekiranya Najib seorang sahaja yang cakap maka saya faham. Saya terbayang 'Mama' yang jadi bahan bual hingga menjejaskan Najib. Tapi kalau ulamak yang cakap mengenai pisahan peribadi dan kepimpinan, maka ini perlu dipersoalkan sebabnya ulamak jugalah yang bercakap politik tidak boleh dipisahkan dengan agama. Bukan ke peribadi ini 'package' untuk menjadi pemimpin yang baik.
Apa pun jua, barangkali itu umum tidak mengetahui dengan meluas sejarah ahli-ahli keluarga Rasulullah, para sahabat juga para ulamak mazhab tersohor kerana tidak manis mengaitkan persoalan ahli keluarga dengan ketokohan dan kepimpinan mereka yang menjadi panduan hingga ke hari ini.
Salam Hormat.

Wednesday, 13 July 2011
Saya hairan, tapi biasalah tu...
Hilang cerita Ambiga, kini, Mat Sabu PAS mengambil alih. Wakil Majlis Peguam yang cakap tak macam peguam pun bercakap jugak. Begitulah senario politik terkini. Biasa la tu, lagi ramai enter frame lagilah meriah.
Kalau melihat senario protest di Bahrain, Mat Sabu yang kini mewakili PR membuat tuntutan dan mengugut kerjaan untuk Bersih 3.0, ini tak ubah macam perangai parti pembangkang Syiah di Bahrain.
Tindakan kerajaan mengawal Bersih 2.0 pula saya katakan macam pemerintah Sunni di Bahrain, tetapi terlalu minor menghampiri tak ada apa-apa berbanding Bahrain.
Namun semua harus ingat, kestabilan Negara adalah utama. Adalah tanggungjawab pemerintah mengawal Negara. Jika negara stabil, semua rakyat termasuk anak cucu Mat Sabu boleh bikin bisnes dan menantu Nik Aziz pun boleh maintain kekayaan. Tapi macamana nak memenuhi tuntutan ini kalau negara berkecamuk.
Jangalah ikutkan perangai mengaruk Arab di sana nun. Berkecamuk. Tak ada apa yang nak dibanggakan.
Oh ya! badan-badan human right dunia yang sedang memburukan Malaysia., badan-badan yang samalah memburukan Bahrain tempohari hingga kini.
Biasa la tu....
Tuesday, 12 July 2011
Saya marah, akhirnya jadi biasa aje!
Seminggu di Kuala Lumpur saya terperanjat dengan harga makanan di restoran. Nasi campur yang sejemput lauk sana sini mencecah 7 hingga 8 ringgit sepinggan. Niat nak bertemu rakan-rakan yang ramai di Malaysia untuk bol mereka sengaja saya batalkan. Bukan apa, saya bertanggungjawab menjaga cash flow saya sendiri. Lagi pun bol sambil berborak panjang mengundang lagha. Elok jauhkan.
Setelah seminggu harga barangan yang mahal dah jadi biasa aje dan tak mahal. Biasa je.
Nah! ini lah saikologi pemerintah yang dah tau tabiaat rakyatnya yang tak kisah kenaikan harga barang dan mudah lupa. Heh heh heh.
Bodoh! dari protes Bersih berkaitan SPR yang sebenarnya bukanlah isu fundamental, adalah lebih baik protes kenapa biasiswa melayu tak ditambah banyak lagi, kenapa kerajaan tak buka pasaran atau permit impot kepada pesaing lain agar tidak ada monopoli barangan dan sebagainya. Atau, protes subsidi lain yang memang tanggungjawab pemerintah. Bukan soal jadi bangsa subsidi tak boleh maju.
Jangan percaya bulat-bulat apa yang saya cakap. Saya bebas berekspresi dalam konteks syariat. Saya mohon maaf kepada yang terasa kerana terlanjur menggunakan kata Bodoh yang langsung terkeluar dari konteks syariat.

Sunday, 10 July 2011
Nampak Islam Islam tapi heh heh heh...
Bro, Islam tak mengaruk dijalanan. Itu putus asa. Islam kan peace, pendekatan mestilah berhemah kalau nak kuasa sekali pun. Dah tak yakin dengan agama sendiri ke?
Sekembali ke tanah air saya menceritakan detik cemas protes di Bahrain yang saya lalui kepada rakan-rakan yang bertanya.
Salam Hormat
Sekembali ke tanah air saya menceritakan detik cemas protes di Bahrain yang saya lalui kepada rakan-rakan yang bertanya.
Salam Hormat
Subscribe to:
Posts (Atom)